Sekolah Kebangsaan Kota dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kota. Tapak asalnya di atas tanah Lot No 1934 Mukim Pintu Geng kepunyaan Tok Penggawa Che Mat Ali bin Haji Othman iaitu pengasas sekolah ini. Beliau ialah orang yang pertama bergelar Penggawa bagi Daerah Kota. Sekolah ini mula dibuka pada Tahun 1914 dengan bilangan murid seramai 64 orang. Bangunan asalnya didirikan secara bergotong royong oleh penduduk-penduduk Kampong Kota.
Pada tahun 1921 sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru, tanah Lot No 2069 Mukim Pintu Geng, kepunyaan Penghulu Taib bin Abdul Kadir kerana tapak lama itu rendah dan terdedah kepada panas matahari. Bangunan ini juga didirikan secara bergotong royong oleh penduduk-penduduk kampong juga. Pada tahun 1931 sekali lagi berpindah ke Kampong Wakaf Haji Abdullah kerana kawasan itu lebih strategi mengikut perkembangan kampong dan sesuai dengan nama Sekolah Kota, kerana tanah tapaknya itu berada di dalam Mukim Kota dan kepunyaan kerajaan. Kemudian tanah tapak sekolah itu dipindah milik kepada Allahyarham Abdullah bin Noh, bekas Pegawai Kastam sekarang.
Dalam tahun 1936 Sekolah Kebangsaan Kota dipindah pula ke tapak sekarang kerana keluasan tanahnya lebih luas dan sesuai. Perpindahan terakhir ini dilakukan oleh pihak kerajaan. Semenjak itu sekolah ini terus berkembang maju. Sekolah Kebangsaan Kota lah yang pertama dalam negeri Kelantan yang memulakan pengajian Darjah VII, iaitu pada tahun 1952.
Tahun 1953 ditambah dengan satu lagi bangunan tambahan yang mengandungi 12 bilik darjah. Pada tahun 1984 kerajaan telah mendirikan sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu setinggi tiga tingkat yang serba lengkap.
Guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini semenjak ditubuhkan pada tahun 1914 ialah:-
1. Allahyarham Cikgu Che Harun b Mahmud
Berasal dari Kampong Masjid Kota, Kota Bharu.
2. Allahyarham Che Bongsu b Haji Mohd To’
berasal dari Kampong Tok Semian, Kota Bharu.
SENARAI NAMA GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA
BIL. NAMA GURU BESAR TARIKH
1 En Harun b Mahmud 1914
2 En Busu b To’
3 En Ibrahim b Ahmad
4 En Abd Kadir b Md Ali
5 En Abdullah b Hj Ismail
6 En Nik Mat b Hj Wan Hassan
7 En Wan Abdullah b Muda
8 En Wan Ibrahim b Mustapha
9 En Salleh b Bulat
10 En Hassan b Hj Idris
11 En Ramli b Muhammad
12 En Omar b Awang
13 En Ismail b Sulaiman
14 En Amir b Ahmad
15 En Mohamed b Salleh Oktober 1964
16 Tuan Hj Shafei b Saleh 13.03.82 – 01.03.84
17 Tuan Hj Omar b Ismail 01.03.84 – 31.12.85
18 Tuan Hj Yusoff b Hj Ismail 01.01.86 – 15.11.92
19 En Ashari b Yaakob 16.11.92 – 15.08.93
20 Tuan Hj Mohd Rais b Hussain 16.08.93 – 31.12.93
21 Tuan Hj Yusoff b Hj Ismail 01.04.94 – 04.01.95
22 En Wan Rosli b Wan Ariffin 16.03.95 – 24.02.00
23 Tuan Hj Mohamad Ghazali b Hj Seman 25.02.00 - 20.05.07
24 Tuan Hj Mohd Nawawi b Min 16.06.07 hingga sekarang