Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu seluas-luasnya peluang akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan intelek itu.
Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahairan, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan profesional untuk memberikan pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memajukan bidang pendidikan.
Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.